kimia sempurna

memohon dengan amat

God grant me the serenity. To accept the things I cannot change; Courage to change the things I can; And wisdom to know the difference. Living one day at a time; Enjoying one moment at a time; Accepting hardships as the pathway to peace; Taking, as He did, this sinful world. As it is, not as I would have it; Trusting that He will make all things right. If I surrender to His Will; So that I may be reasonably happy in this life. And supremely happy with Him. Forever and ever in the next.

Khamis, Julai 16, 2009

ROQS 2009

|

poster cun ! sapa la buat, tahniah !!
tak tahu apa sangat pengisian programnya.
untuk maklumat lanjut: sini
update aku seteleh kepulangan dari malaysia.
nanti-nanti lah cerita akan perihal bumi ber-jerebu dan panas tu.

p.s. KEMPEN PILIHANRAYA PERMAI, calon pilihan kami, kita dan anda: di sini

Selasa, Jun 16, 2009

tafsiran yang pelbagai

|

hidup jangan asyik meniru lalang !
(sumber : sini)

semalam boleh dikatakan berakhir sudah peperiksaan semester 2 atau dengan kata lain, tamatlah riwayat ilmu teori dan segala macam system di JUST bagi pelajar tahun 3. setelah digemparkan dengan berita sahabat-sahabat kaherah, petanda Allah itu sedang berbicara, mentarbiyyah setiap hati namun bukan semua yang tersentuh menangisi akan bertindak dan mengambil ibrah.

jika kita hanya melihat peristiwa tersebut atas dasar qada' dan qadar Tuhan tanpa apa apa kaitnya dengan diri sendiri yang masih diizin pinjaman nafas dariNya, memang hanya sekadar memandang dengan sayu, sedih dan empathy.

cukupkah ?

setelah membaca entri ini di belog seorang sahabat usai kejadian, aku turut dijentik hati memandangkan memang kebiasaan (3di) setelah tamat peperiksaan, kita yang kononnya dah senak dan semput kepala menghafal segala macam nama ingin lah bersuka ria buat seketika. tapi ingatkah kita, mati itu bukan datang bila kita betul betul bersedia. jika ya, untung dan memang atas dasar kasih dari Dia.

ramai yang pastinya terfikir : "untungnya dia seperti itu, dan bagaimana pula aku". namun jika dialog monolog dalaman atau luaran itu hanya sekadar dialog tanpa apa-apa action seterusnya, nak buat apa ?! fikir sahaja, tanpa apa apa penyelesaian tu macam baca buku bahagian prologue je.
Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (An Nahl : 128)
cukuplah dengan dunia yang memangnya semua sedar bukan selamanya tapi kita terkadang alpa mengejar yang sementara itu dan tinggalkan yang selamanya.

muhasabah sebelum berangkat. moga segalanya selamat dan beg diringankan berat.
bye bye irbed, gonna miss you.

p.s. moga rasa ini bukan yang sementara.

Ahad, Jun 14, 2009

yang telah tertulis

|

Jenazah selamat tiba di KLIA lebih kurang jam 1715 (GMT +2) dan terus ke Kepala Batas.
Tiba di Kepala Batas lebih kurang jam 2345 (GMT +2). Solat jenazah diadakan usai solat Subuh. Orang ramai mula memenuhi ruang masjid dan dianggarkan mencecah 1000 orang (Sub7nallah). Mengikut cerita mak, hujan turun renyai-renyai setelah proses pengkebumian selesai.

Moga roh arwah berada di kalangan mereka yang Allah kasih dan cinta.
Al Fatihah.







Minta di doakan sahabat sahabat Kaherah terus teguh berjuang dan cekal ! Rahmat dan kasihNya sentiasa bersama kalian.

Perancangan Allah itu yang sebaiknya. Takdir yang Dia tulis itu, terAgung dan tercantik.

Kami akan ke SANA juga satu hari nanti. janji Allah itu pasti.
Moga aku pergi dalam keadaan Kau dan mereka senang dengan aku. Ameen.

Pesan Ustazah Fathiyah :
- Jaga eckm, aman, saif dan kawan kawan lain, sama sama kuatkan.
- Kalau boleh, nak ke Cairo tapi junior dah masuk INTEC.
- Doa ustazah sentiasa buat semua anak-anak.

wallahu3lam.

Khamis, Jun 11, 2009

bicara Dia

|


Tuhan itu sedang berbicara dengan kau dan aku. memberi sesuatu, berharap kau sedar. melihat kisah mereka dalam konteks hidup kau dan yang kelilingan kamu.

Tuhan, bicaranya bukan seperti di kuliah yang kau dengar setiap hari. bukan juga macam yang kau sembangkan dengan teman sekelas.

bicara Tuhan itu Agung dan Tinggi.
dapat kau faham bicara yang mahu Dia kurnia ?
"maka Ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat." [al-Nasr: 3].
p.s. aku mahu cakap ini pada kau - kau jangan pergi dulu, ya ? maaf aku selalu memberi hari yang kurang enak dan indah. maaf !

sub7nallah, al7mdulillah, allahuAkbar.

kosong

|

aku dan mereka,
di takdir
akan bertarung minda.

moga diberi kurnia yang terbaik.

betullah, apa saja milik Tuhan.
bukan kau yang punya.

innalillahi wa inna ilayhi raji3un.

Al fatihah.

p.s. dia, yang tak pernah aku dengar sekilas buruk. moga berada di tempat yang lebih elok.